Saturday, October 10, 2009

Renung sejenak

Hari ini hari Jumaat, hari yang amat sesuai untuk kita banyak-banyak mengkoreksi diri. Cari mana salah silap kita, perbetulkan sikap, perilaku dan akhlak kita.

Kunci kejayaan seseorang bergantung pada hatinya, sama ada kejayaan sebagai seorang Muslim dalam beribadah, sebagai seorang pekerja, sebagai seorang anak atau sebagai ibu bapa. Kita paksa diri mendapatkan hati yang bersih dan hidup, supaya hati itu dapat memandu emosi dan tindakan kita ke arah kecemerlangan. Bila dah dapat, kekalkannya.

Sebagai orang Melayu beragama Islam, kita tidak boleh memandang rendah peranan hati dalam usaha memburu kejayaan. Hati kita berkuasa memandu kita ke jalan kehinaan. Dalam masa yang sama juga boleh memandu kita ke jalan kejayaan, simply dengan mempengaruhi emosi kita.

Emosi pula mempengaruhi minda separa sedar kita. Minda separa sedar mempengaruhi idea kita, idea mempengaruhi tindakan kita.

Kesan berangkai antara hati, emosi, minda separa sedar, idea dan tindakan kita berkait rapat antara satu sama lain, berlaku dalam masa sebenar (real time) tanpa sedikitpun penangguhan masa. Ia berlaku berdasarkan hukum kesan dan akibat. Baik hati, maka tindakan kita akan baik juga, menemukan kita dengan kejayaan.

Jika kita nak berjaya, nak bahagia, kekalkan kebaikan, kekalkan sikap-sikap baik. Elak dari berperangai buruk, jauhi dari perkara-perkara yang membuat kita dekat dengan sikap-sikap buruk. Kita tak nampak yang kita ni ada potensi untuk berjaya, mencapai kejayaan sebab kita hampirkan diri dengan berbagai sikap-sikap buruk.

sumber : Motivasi diri

Monday, October 5, 2009

Sebab Apa Kita Diuji

Jawapannya mudah - supaya kita berubah.

Kita tak akan berubah jika kita tidak ada sebab untuk berubah dan apa tujuan perubahan kita. Kita akan kekal dengan sikap lama, perangai lama, mindset lama yang menyebabkan kita tidak mencapai apa-apa.

Andai kata kita menerima ujian, tak kiralah dalam apa jua bentuknya, sama ada ujian kewangan, ujian dalam bentuk permasalahan, ujian emosi, kena sabar. Sabar perkara paling utama sebab orang cemerlang dan orang berjaya, dia sentiasa mendahulukan sabar.

Orang yang tidak penyabar, dia bukan orang cemerlang. Anda boleh perhati sikap camni kat mana-mana.

Orang yang tak sabar akan cenderung menyalahkan takdir kerana memberikannya ujian yang dia sendiri tak minta. Sebenarnya, ujian itu diturunkan untuk membuat dia berubah menuju kejayaan, cuma dia sendiri tak faham-faham.

Kesimpulannya, sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya sedar Islam mahu kita maju, supaya kita dapat menyumbang sesuatu kepada orang-orang dalam komuniti kita juga ummah keseluruhannya.

Bersangka baiklah dengan ujian Tuhan, laluinya, ubah diri ke tahap lebih baik, kita akan saksikan diri kita berjaya mencapai tahap kejayaan tanpa kita sendiri sedari.

Thursday, September 24, 2009

4M kuasai al-Quran

1. Memiliki naskhah al-Quran Ia wajib dimiliki dan perlu dibaca serta dihayati.

2. MEMBACA AL-QURAN SEBAGAI RUTIN dibaca sebagai rutin harian dan tidak hanya terhad di waktu tertentu seperti bulan Ramadan dan majlis khatam al-Quran ketika hari pernikahan sahaja.

3. Memahami kandungan al-Quran tuntutan membaca boleh diperluaskan lagi dengan memahami terjemahannya..

4. Mempraktikkan pendidikan al-Quran dalam kehidupan iltizam untuk menghayati segenap isi al-Quran dan merealisasikannya dalam setiap gerak kerja.

sumber Utusan Malaysia

Monday, September 21, 2009

Motivasi Diri

4 langkah bagaimana untuk mengekalkan perubahan positif dalam diri:

1. Tekad untuk bersikap positif, berfikiran positif sepanjang masa. Elak segala yang negatif walaupun sedikit ( cakapan negatif, fikiran negatif, sikap negatif, tindakan negatif). Unsur negatif yang sedikit akan menghilangkan sikap positif serta merta.

2. Disiplin. Jaga disiplin, latih diri berdisiplin dalam mengekalkan perubahan yang dicipta. Sesudah berubah, jika perubahan, kekalkannya dengan disiplin. Disiplin yang terjaga akan membentuk peribadi tersendiri.

3. Ransang diri dengan cakapan-cakapan positif di dalam hati. Ingat kisah-kisah kejayaan orang lain yang pernah Anda baca.

4. Gambarkan imej diri yang diinginkan. Jika Anda tekad nak merubah diri menjadi rajin, gambarkan diri Anda sebagai orang rajin di dalam imaginasi minda. Bayangkan sekerap mungkin imej tu difikiran, seolah-olah ia adalah gambar pegun yang terpampang di depan mata Anda.

sumber buku motivasi



Thursday, September 17, 2009

Belajar Nasyid

Renungan

Ramai orang yang bekerja tak ada motivasi kerja sebab:

1. Tak memaafkan kesalahan-kesalahan orang lain sebelum tidur.
2. Lupa untuk mengingati Tuhannya dalam setiap perkara.
3. Tak bertenaga dan tak pandai mengekalkan tenaga.
4. Dikuasai emosi - biasanya marah, dendam, cemburu, dengki.
5. Gagal menyempurnakan ibadah-ibadah wajib pada waktunya.
6. Gagal menyempurnakan hak orang lain, terutamanya janji.
7. Tidak ada matlamat dalam kerjaya, cuma matlamat kewangan sahaja.

Jadikan 7 sebab di atas sebagai pemula untuk kita menilai diri, menilai disiplin kerja, menilai sikap kita, pencapaian kita di tempat kerja dan HATI kita.Cuba ambil masa sejenak fikir sejauh mana sikap kita selama ni.

(sumber buku motivasi)


Wednesday, September 16, 2009

Aidilfitri 1430


Ramadhan akan meninggalkan kita tidak berapa hari lagi. Seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan melawan nafsu sepanjang bulan puasa dalam melaksanakan perintah Allah. Semoga kita akan dapat bertemu lagi bulan Ramadhan akan datang. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Saturday, September 12, 2009

Gandakan amal ibadah

Ambil kesempatan memperbayakan amal ibadah pada 10 malam terakhair Ramadan. Sekurang-kurangnya solat berjamaah isyak dan subuh bagi orang lelaki.

Wednesday, September 9, 2009

Ramadan Kelebihan Sedekah

Di bulan Ramadhan Nabi saw lebih banyak bersekah dari bulan yang lain, kerana digandakan pahalanya, ia dapat menghapuskan dosa dan terhindar dari api neraka. Riwayat dari Muaz r.a .

Rasulullah saw bersabda " Sedekah dan solat malam seseorang itu dapat menghapuskan DOSA sebagaimana Air memadam Api" ( H.R. Attarnizi )

Monday, September 7, 2009

Tadarus al Quran

Majlis kegiatan dakwah Islamiah sekolah sedang mengadakan majlis tadarus al Quran bersempena dengan bulan Ramadhan. Seramai 114 orang pelajar yang terlibat dalam program ini. Majlis tadarus dilaksanakan pada waktu rehat setiap hari persekolahan. Majlis Khatam al Quran akan dilangsungkan pada 17 Sep. bersamaan 27 Ramadhan 1340. Semua pelajar yang telibat akan diberi sijil penyertaan dan sedikit duit raya. Semoga semuanya berada dalam keredan Allah. Jadikan kitab suci al Quran sebagai teman hidup .Selamat berpuasa.

Saturday, September 5, 2009

Tazkirah Ramadhan



Maksud berpuasa dengan penuh keimanan ialah berpuasa kerana Allah , bukan kerana manusia atau malu nanti orang kata tak berpuasa . Jadi berpuasa kerana Allah, Insyaallah Allah bersama kita di mana kita berada dan malu serta takut azab Allah. sekiranya ponteng puasa.

Saturday, August 29, 2009

Merdekakah kita

Salam kemerdekaan
Kita akan menyambut hari kemerdekaan ke 52 . Tahukah anda apakah maksud kemerdekaan. Dalam Islam merdeka bermaksud membebaskan diri bergantung pada yang lain daripada Allah. Kita patuh kepada ajaran Islam secara syumul dan kita yakin dengan balasan dan azab Allah. Inilah merdeka

Tuesday, August 25, 2009

Belajar Bahasa Arab

http://badar.muslim.or.id/daftar-isi

Puasa Ahli Khawas

i. Menunduk dan memejamkan mata dari perkara yang tidak sepatutnya.
ii. Memelihara lidah daripada perkataan yang haram dan sia-sia.
iii. Memelihara telinga daripada benda-benda yang haram, makruh dan sia-sia.
iv. Menjaga tangan, kaki dan anggotanya yang lain daripada perkara yang haram, makruh dan sia-sia.
v. Menjaga perutnya ketika berbuka daripada benda-benda yang haram atau syubhat.
vi. Tidak terlalu memenuhkan perutnya dengan makanan yang halal apabila berbuka.
vii. Sentiasa merasa khauf (takut) kiranya puasanya tidak diterima Allah SWT dan raja' (harap) agar-agar Allah SWT menerima puasanya.

Tazkirah- Ramadhan

Perkara wajib puasa:
i. Mengetahui permulaan Ramadan.
ii. Berniat pada setiap malam Ramadan
iii. Menahan diri daripada makan dan minum, jimak, mengeluarkan mani atau muntah dengan sengaja pada siang hari.
Perkara sunat puasa:
i. Bersahur.
ii. Melambat-lambatkan sahur.
iii. Menyegerakan berbuka.
iv. Meninggalkan bersugi setelah tergelincir matahari.
v. Membanyakkan sedekah dan meluaskan belanja bagi keluarga serta menggandakan amalan kebajikan yang lain.
vi. Membanyakkan tadarus al-Quran.
vii. Memperbanyakkan iktikaf di dalam masjid.

Sunday, August 23, 2009

Info Ramadhan

  • Sepanjang bulan berkat ini, elak pembaziran terutama ketika membeli juadah berbuka. Seperti yang kita maklum, tidak elok makan berlebihan. Boleh makan dengan banyak, tapi biarlah berperingkat-peringkat.

  • Sambutlah Ramadan dengan hati. Anggaplah Ramadan sebagai kursus rohani serta mencapai kemuncak hati apabila melaksanakan ibadat Ramadan

Friday, August 21, 2009

Ramadhan - Bila berbuka

· Apabila berbuka puasa, jamah sedikit makanan dan terus menunaikan solat Maghrib. Selepas solat Maghrib, bolehlah menikmati makanan yang agak berat tapi usah terlalu berlebihan hingga menghalang kita melakukan solat Tarawih. Selesai tarawih, bolehlah menikmati makanan seperlunya. Harus diingatkan, makan berlebihan juga boleh memudaratkan
( Lebih elok berbuka di surau atau di masjid )

Thursday, August 20, 2009

Tazkirah-Bacaan Qunut Ketika Solat

اللهم اهدنا فيمن هديت وعافنا فيمن عافيت وتولنا فيمن توليت وبارك لنا فيما اعطيت وقنا برحمتك شرما قضيت.
setakat ini sahaja lafaz Qunut yag mengandungi doa, dan dikehendaki imam membaca dengan nyaring serta diaminkan oleh makmum. Sambungannya mulai dari
فانك تقضى ولا يقضى عليك
hingga akhir dibaca oleh imam dan makmum secara perlahan kerana ia bukan doa . Lafaz tersebut ialah (ثناء) bermaksud memuji kebesaran dan kekuasaan Allah juga disertakan dengan beristigfar dan bertaubat kepadanya.

Semuga kita faham kenapa doa qunut sebahagian dibaca kuat dan sebahagian lagi dibaca perlahan. Beramal biarlah betul. Insyaalah

sumber : Mustika Hadis Jilid II/m.s 145

Tuesday, August 18, 2009

Ihya' Ramadhan

Bersempena bulan ramadhan yang akan datang tak lama lagi jawatankuasa MAKDIS telah mengatur beberapa program.


  1. Majlis tadarus al Quran
  2. Pertandingan Azan
  3. Hafazan wirid dan doa selepas solat
  4. Kuiz
  5. Tamrin rohani

Semua pelajar Islam tingkatan satu, dua, tiga dan empat dijemput untuk mengambil bahagian dalam program di atas. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih

Sunday, August 16, 2009

Kelebihan Ramadhan

  1. Bulan Ramdhan adalah bulan keampunan
  2. Bulan kesabaran 1. sabar mentaati perintah Allah 2. sabar dalam meninggal perkara larangan Allah 3. Sabar menerima takdir Allah
  3. Bulan digandakan segala amalan kebaikan

Renungan

Dahulu orang berlumba-lumba mengejar kebendaan, tetapi mereka lebih mmengutamakan iman dan budi, mengutamakan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri: mengeluarkan zakat
Sekarang orang berlumba-lumba mengejar kebendaan tetapi mengutamakan diri sendiri dan mengabaikan orang miskin

Sumber Tasawuf Moden (Hamka)

Wednesday, August 12, 2009

Soalan Latihtubi Tasawwur SPM

Pelajar yang mengambil mata pelajaran Tasawwur SPM 2009 sila layari blog list Bank Soalan untuk melihat bebrapa set soalan sebagai latihan untuk menghadapi peperiksaan percubaan akan datang. Sebarang kemusykilan hubungi ustaz melalui email. Kejayaan anda adalah kejayaan kita

Monday, August 10, 2009

Cuba Jawab Soalan Percubaan 08

Semua pelajar anda dijemput untuk mencuba jawab Soalan Percubaan Pendidikan Islam Kertas 1 dan 2 tahun 2008 dari Sekolah Asrama Penuh . Boleh didapati di blog lisat Bank Soalan . Uji diri anda sendiri , sudah bersediakah anda untuk berhadapan dengan ujian percubaan. Masa masih ada untuk anda bermuhasabah. Insyaallah

Saturday, August 8, 2009

Soalan-soalan Latihtubi SPM yang Hot menjelang percubaan

Semua pelajar tingkatan lima yang bakal menghadapi peperiksaan percubaan. Sila layari blog ustaz lihat soalan-soalan Pend. Islam di bawah blog list Banksoalan dan Soalan

Thursday, August 6, 2009

Marhaban Ramadhan

Lebih kurang dua mingggu lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak . Ada orang gembira kedatangan ramadhan dan tak kurang juga yang tak gembira. Bagi yang belum membayar hutang puasa yang lalu jangan tangguh-tangguh pula nanti kena bayar kifarah. Di antara yang perlu dilakukan sekarang ialah memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai rehasal untuk menghadapi Ramadha nanti. Jangan lupa ulangkaji kaifiat selawat dan solat tarawikh . Bacalah al Quran serta fahami maksudnya.

Monday, July 27, 2009

Kejadian alam



Musnah walaupun baru dibina
Posted by Picasa

Ubah Sikap Kita

Kita Kena Mulakan Dari Hati Bila orang pandang rendah pada Anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati Anda, satu ujian pada sikap Anda juga.
Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.
Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa amik kisah, tapi dia tahu orang tu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu yang positif.
Orang yang cool saja biasanya berattitude positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati.
Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya. Anda tergolong dalam kategori mana satu?
Sama-sama kita check attitude kita, hati kita. Orang-orang berjaya hati mereka bersih sentiasa, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.
Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita

Nota Ibadah Tg 4

Sila dapatkan nota Sembelihan , Aqiqah dan Qurban dalam blog Ibadah. Baca dan catat . Sekiranya pelajar kurang jelas maksud sila e mail atau berjumpa ustaz di sekolah.
Kejayaan anda esok bergantung pada usaha anda hari ini.

Lawatan sambil belajar


Lawatan sambil belajar ke Kelantan dan Terengganu anjuran Majlis Kegiatan Dakwah Sekolah (MAKDIS) pada 17 hingga 19 julai 2009
Posted by Picasa

Tuesday, July 21, 2009

Set Soalan Latihtubi dan Ujian Topikal

Pelajar Islam sila layari blog Banksoalan untuk mencoba jawab soalan latihtubi set 1, 2 dan 3 sebagai persiapan menghadapi peperiksaan percubaan tak lama lagi.
Soalan-soalan ujian topikal akidah dan akhlak ada di blog soalan. Cuba jawab dan e mail semua jawapan untuk memastikan jawapan yang betul.
RAJIN DAN USAHA TANGGA KEJAYAAN. INSYAALLAH

Wednesday, July 15, 2009

Tamrin Rohani Tg 5

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS ) akan mengadakan program di atas seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 23 hingga 24 Julai 2009
Masa : 4.00 petang (khamis ) hingga 2.00 petang (jumaat)
Tempat : Surau KSAH

Semua pelajar Islam tingkatan 5 diharap bersedia untuk mengikuti program ini . Kerjasama anda menjayakan majlis ini amat dihargai. Kejayaan anda adalah kejayaan semua pihak. Thanks

Kursus Imam dan Bilal

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) akan mengadakan kursus Imam dan bilal seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 24 dan 25 Julai 2009
Masa : 4.00 petang (jumaat ) hingga 2.00 petang (sabtu )
Tempat : Surau KSAH
Kumpulan sasaran : Pelajar tingkatan 1 hingga 4

Pelajar yang berminat sila hubungi guru pendidikan Islam KSAH atau setiausaha MAKDIS. Program ini dijangka akan dihadiri seramai 60 orang peserta. Keutamaan akan diberi kepada pelajar yang tinggal di asrama. Semua pelajar yang berjaya mengikuti program ini akan di berikan sijil. Harap maklum

Tuesday, June 30, 2009

Disiplin Diri

Senaraikan semua usah ke arah mencapai matlamat anda mengikut keutamaan . Kemudian pilih lima hingga sepuluh yang teratas dan laksanakan. Anda dikira sudah berdisiplin sekiranya dapat melaksanakan lebih daripada lima langkah yang paling utama itu.

Thursday, June 25, 2009

Hari Perjumpaan Waris

Alhamdulillah pada hari ini ramai waris datang untuk bertemu dengan guru dan berbincang hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran anak masing-masing. Murid-murid hendaklah ingat bahawa betapa tingginya harapan ibu bapa agar anaknya mencapai kejayaan cemerlang dalam semua aspek terutamanya pencapaian dalam akademik. Saya percaya mereka akan kecewa bila melihat sendiri keputusan yang kurang memuaskan. Banyak duit dah habis dibelanjakan . Banyak masa yang terbuang. Jangan tidur masa belajar. Marilah kita sama-sama bermuhasabah disamping berusaha lagi dengan lebih gigih. Insyaallah kita akan berjaya

Saturday, June 20, 2009

Peringatan Pelajar Tg.4

Pelajar tingkatan 4 sila dapatkan nota sirah ( Kerajaan Bani Umaiyyah). Terima kasih

Friday, June 19, 2009

Persiapan Menghadapi Pepriksaan Percubaan SPM

Pelajar Tingkatan Lima yang bakal menduduki peperiksaan percuban SPM . Sila dapatkan soalan-soalan latih tubi (kertas 1 ) Pendidikan Islam di blog ustaz . Cuba jawab dan Insyaallah jawapan akan menysul kemudian. Sebarang pertanyaan sila e-mail kepada ustaz
(salehksah100@gmail.com)

Sunday, June 14, 2009

Selamat Bertemu Kembali Setelah Bercuti

Untuk makluman kepada semua warga ksah terutama kepada pelajar-pelajar tingkatan satu. Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) akan mengadakan program Tamrin Rohani untuk pelajar Tingkatan satu. Program ini akan diadakan pada 25 hingga 27 Jun akan datang. Tempat di surau as Solihin KSAH. Insyaaalah

Tuesday, June 9, 2009

Komunikasi Berkesan

Komunikasi berkesan berlaku apabila mesej yang disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Jika maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Komunikasi berkesan amat penting bagi menjamin P&P yang efektif.

Amalan Komunikasi Berkesan
Ø Bersikap positif / percaya kepada pelajar
Ø Bersifat ramah dan mesra
Ø Hormat terhadap pandangan pelajar
Ø Ketahui latar belakang pelajar
Ø Pendengar yang aktif
Ø Tunjuk mimik muka berseri
Ø Guna bahasa yang mudah dan difahami
Ø Arahan yang jelas dan jitu
Ø Bersemangat tinggi dalam pengajaran
Ø Galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan
Ø Guna nama pelajar ketika berinteraksi
Ø Gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan
Ø Kaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh pelajar

sumber: internet

Sunday, June 7, 2009

Zikir Munajat

Setiap muslim dituntut supaya sentiasa berzikir. Salah satu jenis zikir ialah zikir munajat. Berikut ialah laman web zikir munajat.
http://videozikir.blogspot.com/2009/03/zikir-munajat-astro-oasis-part-4.html

Thursday, June 4, 2009

Renungan Pagi Jumaat

Rasulullah saw bersabda
Ada 3 perkara yang dipandang sebagia Ibu iaitu

  1. Ibu segala ubat adalah SEDIKIT MAKAN
  2. Ibu segala adab adalah SEDIKIT BERBICARA
  3. Ibu segala ibadat adalah TAKUT BUAT DOSA

Ciri Fikiran Positif

  1. Semakin tercabar semakin kuat
  2. Melihat peluang dalam kegawatan
  3. Mencari jalan memperbaiki diri
  4. Tidak menyalahkan keadaan
  5. Mendengar dahulu pendapat orang lain
  6. Berusaha bersungguh-sungguh

sumber : kitab

Friday, May 29, 2009

cara khusyuk solat

Seorang ulama salaf, Hatim Al-Assam pernah ditanya mengenai cara beliau bersembahyang. Beliau menjawab:

'Saya bertakbir dengan betul, membaca dengan tartil, rukuk dengan khusyuk, sujud dengan penuh rasa hina; saya membayangkan syurga di sebelah kanan saya dan neraka di sebelah kiri, jambatan siratul mustaqim di bawah kaki saya, Kaabah di antara dua kening saya, malaikat maut di atas kepala saya, dosa-dosa saya mengelilingi diri saya dan pandangan Allah kepada saya. Saya menganggap inilah sembahyang terakhir daIam hidup saya dan melakukannya dengan ikhlas setakat terdaya, kemudian saya memberi salam. Saya tidak tahu sama ada Allah menerimanya atau tidak. Sekiranya tidak, pasti Dia akan mencampakannya (sembahyang) itu ke muka orang yang mengerjakannya!'
sumber: IKIM

Monday, May 25, 2009

Hijrah- PK 1


Selamat bertugas di tempat baru semoga penghijrahan itu akan memberi satu suntukan baru ke arah kecemerlangan diri . Selamat berjuang dan jangan lupa kami .
Posted by Picasa

Sunday, May 24, 2009

Fardu Ain


Sembahyanglah anda sebelum anda di sembahyangkan.
Syarat sah sembahyang sembilan perkara

1. Mengetahui masuk waktu
2. Mengadap kiblat
3. Menutup aurat
4. Mengetahui cara sembahyang
5. Suci daripada hadas
6. Suci daripada najis
7. Meninggalkan berkata yang bukan zikir,al quran dan doa
8. Tidak melebihkan perbuata rukun fi'li
9. Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa


Seseorang yang bersolat tanpa memenuhi syarat-syarat di atas hukumnya tidak sah.
Posted by Picasa

Thursday, May 21, 2009

Majlis Ilmu

Tambah pengtahuan ilmu agama di mana sahaja anda berada . Jika anda tidak berkesempatan untuk ke majlis ilmu, sila layari laman web berikut :http://www.almuttaqin.tv/about.php. Jom kita sama-sama cari bekalan untuk hari kemudian.

Salah guna masa


Terlalu banyak mengulangkaji sebelah malam datang ke sekolah tidur. Yang paling kita bimbang masa peperiksaan semua pelajar tekun menjawab dia asyik tidur.
Posted by Picasa

Kuliah subuh asrama - Mutiara bahagia

Manusia yang paling bahagia ialah orang yang


  1. Berilmu
  2. Sabar
  3. Memadai apa yang ada (qana'ah )

Ibrahim An Nakhai :

" Kebinasaan orang sebelum kamu dengan sebab tiga perkara:

  1. Banyak cakap
  2. Banyak makan
  3. Banyak tidur

Khalifah Ali bin Abi Talib

Manusia yang paling bahagia adalah orang yang dapat menunaikan segala tanggungjawabnya.

sumber: Kitab rahsia kekuatan Mukmin

Wednesday, May 20, 2009

Tokoh


Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi perjuangan tetap tidak berubah. Kepimpinan diri asas kepimpinan ummah
Posted by Picasa

Tamrin Rohani / Tarbiah Ruhiah


Ada pelajar bertanya bilakah ustaz nak buat program Qiyamullail macam tahun yang lalu. Insyallah akan dilaksanakan pada bulan jun akan datang.
Posted by Picasa

Ketandusan Rohani

Pengertian : Tidak sensitif terhadap perkara-perkara yang bersangkut paut dengan hari akhirat samaada dari segi perkataan mahupun perbuatan

Tanda-tanda
  • Air mata jarang mengalir kerana takutkan Allah swt
  • Tidak berkecenderungan menghadiri majlis ilmu
  • Tidak merasa kegelisahan jiwa apabila tidak melaksanakan mana-mana ibadah seperti meninggalkan solat atau tidak membaca al Quran
  • Berlebihan di dalam perkara-perkara yang harus dan memandang ringan perkara syubhah

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari Guru

Tiga hari lagi semua guru akan menyambut hari guru. Saya rasa sebagai guru saya berbangga kerana ramai pelajar saya telah mencapai kejayaan yang cemerlang, tapi sebagai pendidik saya masih gagal melahirkan pelajar menjadi seorang insan seperti yang dikehendaki oleh agama Islam.

Banyak aspek kita masih gagal terutama sekali dari aspek sahsiah. Kemenjadian pelajar kita dalam akhlah cukup membimbangkan. Nilai-nilai murni yang diterapkan ibarat mencurah air di daun keladi. Di dalam kelas sampah masih bertaburan walaupun disediakan bakul sampah dan ditampal jadual tugas.

Saya berseru pada diri saya sendiri dan rakan-rakan guru juga para pelajar sekelian marilah kita membuat refleksi diri dan muhasabah diri sempena hari guru untuk mengubah sikap ke arah kecemerlangan

Sekian terima kasih

Friday, April 10, 2009

MATEMATIK DAN SOLAT



Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Sabda Rasulullah SAW: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Secara matematiknya, kita lihat berikut:
Solat berjemaah : 1 waktu = lebih 27 kali pahala
1 hari = 5 waktu x 27 = lebih 135 kali pahala
Sebulan = 30 hari x 135 = lebih 4,050 kali pahala
Setahun = 12 bulan x 4,050 = lebih 48,600 kali pahala
10 tahun = 10 tahun x 48,600 = lebih 486,000 kali pahala
Solat sendirian : 1 waktu = 1 pahala
1 hari = 5 waktu x 1 = 5 pahala
Sebulan = 30 hari x 5 = 150 pahala
Setahun = 12 bulan x 150 = 1800 pahala
10 tahun = 10 tahun x 1800 = 18,000 pahala
Sama ada kita sedar atau tidak, bagi yang sembahyang sendirian di rumah selama 10 tahun, pahalanya hanya menyamai beberapa bulan solat berjemaah.
Andai kata pahala 486,000 itu dalam bentuk RM486,000 (atau 486,000 liter petrol) agaknya barulah ramai manusia mengejarnya.
Ramai manusia inginkan syurga tapi tidak mencari ke arahnya; sebaliknya ramai manusia yang takutkan neraka tapi tidak menghindar diri dari terjerumus kepadanya.
Wallahu'alam.

Tuesday, March 31, 2009

Maklumat tentang haji / Tg 4

Sesiapa yang berminat untuk mendalami maklumat tentang ibadah haji dan hal yang berhubung dengan dunia Islam. Sila layari laman berikut.
http://hajj.al-islam.com/default.asp?lang=ind

Sunday, March 29, 2009

Miqat Makani / Tg. 4

Posted by PicasaMiqat Makani ialah sempadan tempat jamaah haji berniat ihram untuk mengerjakan haji dan umrah. Berniat di Miqat merupakan perkara wajib haji. Dam akan dikenakan sekiranya para jamaah haji terlupa berniat di Miqat yang telah ditetapkan. Terdapat 6 Miqat makani namun begitu bagi jamaah haji yang tinggal di Mekah tempat niat ialah di rumah masing-masing

Wednesday, March 25, 2009

Tujuh Sunnah

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sunday, March 22, 2009

maulid rasul

Posted by PicasaSesiapa yang berselawat ke atas nabi sewaktu beramai-ramai, nabi akan sebut namanya ketika kesaorang

Tuesday, March 17, 2009

Fikir dan Amal

Buang yang keruh ambil yang jernih.
Ikuti padangan orang-orang yang bijak berdasarkan laman web berikut.
http://www.imotivasi.com/

Nasihat Luqman Kepada Anaknya

Hai anakku,
Ambillah harta dunia sekadar keperluan sahaja dan nafkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.
Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya jangan engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka

Friday, March 6, 2009

PanduanTarannum

Ramai orang minat belajar lagu-lagu dalam membaca al Quran, tapi tak ramai yang tahu di manakah tempat yang mudah untuk mempelajarinya. Cuba layari laman web berikut.
Selamat bertarannum


http://www.zainul.com/Qiraat/al_insan.htm

Sunday, February 15, 2009

Tawaf / Tg. 4

Syarat sah Tawaf

  • Menutup aurat
  • Suci daripada hadas
  • Dilakukan sebanyak 7 kali dan bermula pada penjuru Hajarul Aswad
  • Menjadikan Baitullah di sebelah kiri ketika tawaf
  • Dilakukan di dalam Masjid Haram

Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah / Tg. 4


Menipu berlaku melalui kata-kata dan perbuatan.
Berbohong berlaku melalui percakapan atau memalsukan maklumat.
Mencuri mengambil hak orang lain tanpa izin.
Merompak mengambil hak orang lain secara kekerasan
Liwat hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki
Musahaqah hubunga sejenis antara perempuan dengan perempuan

Saturday, February 14, 2009

Kuasai Istilah Sirah


Khalifah
Orang yang bertanggungjawab dan diamanahkan oleh Allah s.w.t. untuk mentadbir alam dan menegakkan syariatNya
Khulafa Ar-Rasyidin
Gelaran kepada empat orang sahabat yang memgang jawatan sebagai pemerintah dalam negara Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Doa Harian




Ya Allah, Aku berlindung denganMu dari perasaan keluh kesah dan dukacita dan aku berlindung denganMu dari sikap kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung denganMu dari sifat ketakutan dan kebakhilan dan aku berlindung denganMu dari tekanan hutang dan kekerasan lelaki

Friday, February 13, 2009

Imej Seorang Pelajar

  • Sentiasa berpakaian kemas dan sopan
  • Bersedia menjadi pemimpin
  • Menghormati perasaan guru, rakan dan keluarga
  • Berkomunikasi dengan baik
  • Berkeyakinan
  • Bersikap terbuka
  • Tenang menghadapi tekanan
  • Mempunyai daya juang yang tinggi
  • Berakhlak dan bermoral

Jadilah seorang pelajar yang berimej seperti di atas. Insyaallah anda dihormati lagi disegani

Thursday, February 12, 2009

Tazkirah



Baik dibaca sesudah solat fardhu sekurang-kurangnya tiga kali
mudah -mudahan kita dijauhi dari penyakit



Tuesday, February 10, 2009