Saturday, October 10, 2009

Renung sejenak

Hari ini hari Jumaat, hari yang amat sesuai untuk kita banyak-banyak mengkoreksi diri. Cari mana salah silap kita, perbetulkan sikap, perilaku dan akhlak kita.

Kunci kejayaan seseorang bergantung pada hatinya, sama ada kejayaan sebagai seorang Muslim dalam beribadah, sebagai seorang pekerja, sebagai seorang anak atau sebagai ibu bapa. Kita paksa diri mendapatkan hati yang bersih dan hidup, supaya hati itu dapat memandu emosi dan tindakan kita ke arah kecemerlangan. Bila dah dapat, kekalkannya.

Sebagai orang Melayu beragama Islam, kita tidak boleh memandang rendah peranan hati dalam usaha memburu kejayaan. Hati kita berkuasa memandu kita ke jalan kehinaan. Dalam masa yang sama juga boleh memandu kita ke jalan kejayaan, simply dengan mempengaruhi emosi kita.

Emosi pula mempengaruhi minda separa sedar kita. Minda separa sedar mempengaruhi idea kita, idea mempengaruhi tindakan kita.

Kesan berangkai antara hati, emosi, minda separa sedar, idea dan tindakan kita berkait rapat antara satu sama lain, berlaku dalam masa sebenar (real time) tanpa sedikitpun penangguhan masa. Ia berlaku berdasarkan hukum kesan dan akibat. Baik hati, maka tindakan kita akan baik juga, menemukan kita dengan kejayaan.

Jika kita nak berjaya, nak bahagia, kekalkan kebaikan, kekalkan sikap-sikap baik. Elak dari berperangai buruk, jauhi dari perkara-perkara yang membuat kita dekat dengan sikap-sikap buruk. Kita tak nampak yang kita ni ada potensi untuk berjaya, mencapai kejayaan sebab kita hampirkan diri dengan berbagai sikap-sikap buruk.

sumber : Motivasi diri

Monday, October 5, 2009

Sebab Apa Kita Diuji

Jawapannya mudah - supaya kita berubah.

Kita tak akan berubah jika kita tidak ada sebab untuk berubah dan apa tujuan perubahan kita. Kita akan kekal dengan sikap lama, perangai lama, mindset lama yang menyebabkan kita tidak mencapai apa-apa.

Andai kata kita menerima ujian, tak kiralah dalam apa jua bentuknya, sama ada ujian kewangan, ujian dalam bentuk permasalahan, ujian emosi, kena sabar. Sabar perkara paling utama sebab orang cemerlang dan orang berjaya, dia sentiasa mendahulukan sabar.

Orang yang tidak penyabar, dia bukan orang cemerlang. Anda boleh perhati sikap camni kat mana-mana.

Orang yang tak sabar akan cenderung menyalahkan takdir kerana memberikannya ujian yang dia sendiri tak minta. Sebenarnya, ujian itu diturunkan untuk membuat dia berubah menuju kejayaan, cuma dia sendiri tak faham-faham.

Kesimpulannya, sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya sedar Islam mahu kita maju, supaya kita dapat menyumbang sesuatu kepada orang-orang dalam komuniti kita juga ummah keseluruhannya.

Bersangka baiklah dengan ujian Tuhan, laluinya, ubah diri ke tahap lebih baik, kita akan saksikan diri kita berjaya mencapai tahap kejayaan tanpa kita sendiri sedari.