Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari Guru

Tiga hari lagi semua guru akan menyambut hari guru. Saya rasa sebagai guru saya berbangga kerana ramai pelajar saya telah mencapai kejayaan yang cemerlang, tapi sebagai pendidik saya masih gagal melahirkan pelajar menjadi seorang insan seperti yang dikehendaki oleh agama Islam.

Banyak aspek kita masih gagal terutama sekali dari aspek sahsiah. Kemenjadian pelajar kita dalam akhlah cukup membimbangkan. Nilai-nilai murni yang diterapkan ibarat mencurah air di daun keladi. Di dalam kelas sampah masih bertaburan walaupun disediakan bakul sampah dan ditampal jadual tugas.

Saya berseru pada diri saya sendiri dan rakan-rakan guru juga para pelajar sekelian marilah kita membuat refleksi diri dan muhasabah diri sempena hari guru untuk mengubah sikap ke arah kecemerlangan

Sekian terima kasih

2 comments:

  1. Tuan kata: "tapi sebagai pendidik saya masih gagal melahirkan pelajar menjadi seorang insan seperti yang dikehendaki oleh agama Islam".
    Bagi saya: kalau sedar kelemahan itu kira sudah cukup baik kerana di luar sana, ada yang masih bukan sahaja tak sedar tetapi merasakan dia lah yang terbaik & banyak menyumbang .
    Selamat Hari Guru, tuan guru.

    ReplyDelete
  2. saya sokong cakap perkasam tu. Semua dah terletak kat diri mereka. Ustaz dah tunjuk jalan, jadi kami yang ikut sepatutnya. Apapun selamat hari guru kpd semua staf KSAH dan warga pendidik di seluruh Malaysia. Moga2 kerja anda diberkati Allah S.W.T

    ReplyDelete