Friday, December 31, 2010

Tahniah

Ustaz ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga ksah kerana telah mencapai kejayaan seratus peratus dalam pmr 2010.

Saturday, December 25, 2010

Amalan Yang Bermanfaat

Setiap amalan yang bermanafaat dan baik akan menjadi ibadah apabila disertai dengan niat dan keikhlasan serta menuntut keredhaan Allah s.w.t

sumber: Hadis 40

Ucapan Tahniah

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada beberapa orang guru ksah yang telah dinaikkan pangkat sebagai guru cemerlang dan lain-lain pangkat diperingkat pengurusan. Moga-moga mereka akan lebih bermotivasi dalam usaha mendidik setiap warga ksah ke arah sekolah berperestasi tinggi. Terima kasih

Thursday, September 2, 2010

Imam Gahazali

Enam perkara untuk mencapai kesempurnaan puasa

  1. Menahan pandangan daripada segala hal yang dicela
  2. Menjaga lidah daripada perkataan yang sia-sia
  3. Menjaga pendengaran dari kata-kata yang tidak baik
  4. Mencegah anggota lain daripada perbuatan dosa
  5. Tidak berlebihan dalam berbuka sehingga perut penuh dengan makanan
  6. Hati sentiasa diliputi perasaan cemas dan harap apakah puasa kita diterima atau tidak oleh Allah
Sumber Buku Ramadhan Bulan Kegembiraan Orang Mukmin

Majlis Perpisahan

Bersempena majlis perpisahan yang telah dilaksanakan pada 2 Ogos 2010 maka tamatlah sudah perkhidmatan saya di Kolej Sultan Abdul Hamid. Kini saya mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat. Saya tidak menjangka sama sekali yang saya akan ditukar setelah dinaikkan pangkat. Sekali sekala terasa sayu di hati nak tinggalkan warga ksah. Kata orang kita hanya merancang tapi yang menentukan ialah Yang Maha Berkuasa.

Sebenarnya ada banyak hikmah yang tersirat disebalik pertukaran ini. Inilah ujian Allah pada saya. Saya berdoa agar Allah SWT sentiasa memberi petunjuk mudah- mudahan saya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna

Saya mengambil kesempatan ini untuk mngucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh warga ksah yang telah memberi kerjasama sepanjang perkhidmatan saya dan tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar dan pihak pengurusan yang sudi memberi cendera hati sebagai tanda ingatan.

Semoga kita termasuk dalam kalangan orang diredai Allah setiap masa.

Sunday, July 25, 2010

nisfu syaaban 1431

Nisfu sayaaban @ lima belas syaaban jatuh pada hari selasa bersamaan 27/7/2010. Umat Islam telah mengambil kesempatan berpuasa sunat pada hari tersebut. Pada malamnya ramai yang tidak berlepas peluang membaca yaasin bagi mengambil keberkatan malam tersebut. Terpulang hendak membaca berapa kali.

Terima kasih




Wednesday, June 2, 2010

Amali Sembelihan Kolej 5

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah dengan kerjasama kolej lima telah mengadakan Program amali sembelihan pada 2/6/10 yang lalu. Sebanyak 25 ekor ayam telah disembelih oleh pelajar kolej lima. Selain dari aktiviti sembelihan mereka diterangkan cara memproses ayam dan seterusnya memasak daging ayam . Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan program ini. Majlis tamat pada jam satu tengahari.

Wednesday, May 5, 2010

BILIK SUMBER PEND. ISLAM DI SURAU

Satu lagi kemudahan yang disediakan di surau ksah ialah sebuah bilik untuk P&P dan Amali. Bilik ini dapat menampung seramai 25 orang pelajar dan beraircond. Guru yang ingin menggunakan bilik tersebut perlu membuat tempahan melalui borang yang disediakan di bilik guru.
Panitia pendidikan Islam mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kerana telah memberi komitmen menyediakan tempat belajar yang agak kondusif setakat ini .

Tahniah dan Terima Kasih

Sunday, May 2, 2010

TAMANI ROHANI

Majlis Kegiatan dakwah Islamiah Sekolah akan mengadakan program tamrin rohani untuk kolej lima dan praU2 pada 6 Mei dan 7 Mei akan datang. Semua pelajar Islam diwajibkan hadir. Pendaftaran di surau pada jam 4.00 petang > Majlis penutupan pada jam 4.45 petang jumaat.
Harap maklum

Tuesday, April 27, 2010

Perubahan Sikap

Sekiranya seseorang insan ingin berjaya dalam kehidupan, ia perlu mengubah sikapnya.
  1. Malas kepada rajin
  2. Suka membuang masa kepada rajin bekerja
  3. Ponteng solat kepada solat lima waktu
  4. Lupa pelajaran kepada sentiasa mengulangkaji
  5. Malu bertanya kepada suka bertanya

Wednesday, April 14, 2010

PETUA BELAJAR

  • Belajar secara konsisten
  • Sedia berbincang dengan rakan
  • Memperuntukkan masa belajar bergantung kepada kesukaran mata pelajaran
  • Menganggap belajar sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan
  • Belajar boleh dilakukan di mana-mana
  • Setiap kali membaca perlu diuji tahap pemahaman dengan melakukan latihan yang sesuai.


sumber : Motovasi minda pelajar

Monday, April 12, 2010

Arah pandangan mata ketika solat

Imam Sufyan al Thawry, Abu Hanifah dan al Syafi'i berpandangan elok menumpukan pandangan mata ke tempat sujud ketika solat ialah untuk
  • Mendatangkan khusyuk
  • Menghilangkan gangguan luar agar dapat memfokuskan perhatian terhadap solat
  • Menimbulkan rasa rendah diri ketika solat
  • Membezakan keadaan orang yang sedang dalam solat dan diluar solat
  • Menghilangkan rasa bongkak

sumber : Buku Formula Solat Sempurna

Sunday, March 28, 2010

Perbezaan Antara Zikir dan Doa

ZIKIR yang khusus ialah bacaan yang melibatkan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir. Bacaan-bacaan ini selalunya dijadikan wirid selepas solat. Bacaan zikir berdasarkan nama-nama Allah boleh dibaca pada bila-bila masa sebagai tanda kita sentiasa mengingati Allah dan kebesarannya.

DOA ialah suatu penyataan hasrat hati individu muslim memohon pertolongan, perlindungan dan restu Allah dalam hal-hal berkaitan kehidupannya, keluarganya, masyarakat dan agamanya di dunia dan di akhirat

Saturday, March 27, 2010

Rasulullah saw bersabda

Aku tinggal dua perkara kepada umatku. Sesiapa yang berpegang kedua-dua perkara tersebut pasti mereka tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab al Quran dan Sunnahku