Sebenarnya ada banyak hikmah yang tersirat disebalik pertukaran ini. Inilah ujian Allah pada saya. Saya berdoa agar Allah SWT sentiasa memberi petunjuk mudah- mudahan saya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna
Saya mengambil kesempatan ini untuk mngucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh warga ksah yang telah memberi kerjasama sepanjang perkhidmatan saya dan tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar dan pihak pengurusan yang sudi memberi cendera hati sebagai tanda ingatan.
Semoga kita termasuk dalam kalangan orang diredai Allah setiap masa.
Assalamualaikum Tuan Guru,
ReplyDeleteAllah maha mengetahui.
Saya nampak pertukaran tuan sebagai rahmat & BUKAN ujian. Saya rasai apa yang tuan rasai apabila saya ditukarkan ke KSAH dulu dr SMKSMAB. Ternyata ada rahmat besar. Sesungguhnya, Allah tahu apa yg hambaNya tak tahu. Pertukaran ini adalah atas sifat "maha pengasih & maha penyayang."
Allahuakbar3x - apapun terima kasih kerana telah diberi kesempatan oleh Allah untuk mengenali & bekerjasama dengan tuan.
Selamat beraidilfitri & maaf zahir barin.
Bersamalah kita menyebarkan syiar Islam walau di mana kita berada..
ReplyDelete