Sunday, January 11, 2009

Pendidikan Islam /Akidah/Tg.4.

Pengertian Iman

Bahasa:Iktiraf, membenarkan, mengakui

Istilah:Tasdik/mengakui dihati bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh aLLAH, ikrar dengan lidah iaitu syahadah dan membuktikan apa yang ditasdikkan dan membuktikan dengan amalan anggota dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

IMAN TERBENTUK MELALUI

1.HATI

-Menyakini kewujudan dan sifat Allah

-Mentawakkal dan redha dengan ujian Allah

-Mengkagumi hasil ciptaan Allah

-Menghilangkan sifat-sifat hasad dengki, riak dan sifat mazmumah yang lain

2.LIDAH

-Sentiasa membaca al-Quran

-Berkata dengan perkataan yang baik

-Bersalawat ke atas nabi saw

-Menyampaikan dakwah Islamiah

3.AMALAN

-Mendirikan solat fardhu dan sunat

-Mengerjakan ibadat haji

-Mengeluarkan zakat

-Berpuasa di bulan Ramadhan


1 comment: