Thursday, June 17, 2010
Wednesday, June 2, 2010
Amali Sembelihan Kolej 5
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah dengan kerjasama kolej lima telah mengadakan Program amali sembelihan pada 2/6/10 yang lalu. Sebanyak 25 ekor ayam telah disembelih oleh pelajar kolej lima. Selain dari aktiviti sembelihan mereka diterangkan cara memproses ayam dan seterusnya memasak daging ayam . Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan program ini. Majlis tamat pada jam satu tengahari.
Wednesday, May 5, 2010
BILIK SUMBER PEND. ISLAM DI SURAU
Satu lagi kemudahan yang disediakan di surau ksah ialah sebuah bilik untuk P&P dan Amali. Bilik ini dapat menampung seramai 25 orang pelajar dan beraircond. Guru yang ingin menggunakan bilik tersebut perlu membuat tempahan melalui borang yang disediakan di bilik guru.
Panitia pendidikan Islam mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kerana telah memberi komitmen menyediakan tempat belajar yang agak kondusif setakat ini .
Tahniah dan Terima Kasih
Sunday, May 2, 2010
TAMANI ROHANI
Majlis Kegiatan dakwah Islamiah Sekolah akan mengadakan program tamrin rohani untuk kolej lima dan praU2 pada 6 Mei dan 7 Mei akan datang. Semua pelajar Islam diwajibkan hadir. Pendaftaran di surau pada jam 4.00 petang > Majlis penutupan pada jam 4.45 petang jumaat.
Harap maklum
Tuesday, April 27, 2010
Perubahan Sikap
Sekiranya seseorang insan ingin berjaya dalam kehidupan, ia perlu mengubah sikapnya.
- Malas kepada rajin
- Suka membuang masa kepada rajin bekerja
- Ponteng solat kepada solat lima waktu
- Lupa pelajaran kepada sentiasa mengulangkaji
- Malu bertanya kepada suka bertanya
Wednesday, April 14, 2010
PETUA BELAJAR
- Belajar secara konsisten
- Sedia berbincang dengan rakan
- Memperuntukkan masa belajar bergantung kepada kesukaran mata pelajaran
- Menganggap belajar sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan
- Belajar boleh dilakukan di mana-mana
- Setiap kali membaca perlu diuji tahap pemahaman dengan melakukan latihan yang sesuai.
sumber : Motovasi minda pelajar
Monday, April 12, 2010
Arah pandangan mata ketika solat
Imam Sufyan al Thawry, Abu Hanifah dan al Syafi'i berpandangan elok menumpukan pandangan mata ke tempat sujud ketika solat ialah untuk
- Mendatangkan khusyuk
- Menghilangkan gangguan luar agar dapat memfokuskan perhatian terhadap solat
- Menimbulkan rasa rendah diri ketika solat
- Membezakan keadaan orang yang sedang dalam solat dan diluar solat
- Menghilangkan rasa bongkak
sumber : Buku Formula Solat Sempurna
Subscribe to:
Posts (Atom)