Friday, April 10, 2009

MATEMATIK DAN SOLAT



Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Sabda Rasulullah SAW: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Secara matematiknya, kita lihat berikut:
Solat berjemaah : 1 waktu = lebih 27 kali pahala
1 hari = 5 waktu x 27 = lebih 135 kali pahala
Sebulan = 30 hari x 135 = lebih 4,050 kali pahala
Setahun = 12 bulan x 4,050 = lebih 48,600 kali pahala
10 tahun = 10 tahun x 48,600 = lebih 486,000 kali pahala
Solat sendirian : 1 waktu = 1 pahala
1 hari = 5 waktu x 1 = 5 pahala
Sebulan = 30 hari x 5 = 150 pahala
Setahun = 12 bulan x 150 = 1800 pahala
10 tahun = 10 tahun x 1800 = 18,000 pahala
Sama ada kita sedar atau tidak, bagi yang sembahyang sendirian di rumah selama 10 tahun, pahalanya hanya menyamai beberapa bulan solat berjemaah.
Andai kata pahala 486,000 itu dalam bentuk RM486,000 (atau 486,000 liter petrol) agaknya barulah ramai manusia mengejarnya.
Ramai manusia inginkan syurga tapi tidak mencari ke arahnya; sebaliknya ramai manusia yang takutkan neraka tapi tidak menghindar diri dari terjerumus kepadanya.
Wallahu'alam.

Tuesday, March 31, 2009

Maklumat tentang haji / Tg 4

Sesiapa yang berminat untuk mendalami maklumat tentang ibadah haji dan hal yang berhubung dengan dunia Islam. Sila layari laman berikut.
http://hajj.al-islam.com/default.asp?lang=ind

Sunday, March 29, 2009

Miqat Makani / Tg. 4

Posted by PicasaMiqat Makani ialah sempadan tempat jamaah haji berniat ihram untuk mengerjakan haji dan umrah. Berniat di Miqat merupakan perkara wajib haji. Dam akan dikenakan sekiranya para jamaah haji terlupa berniat di Miqat yang telah ditetapkan. Terdapat 6 Miqat makani namun begitu bagi jamaah haji yang tinggal di Mekah tempat niat ialah di rumah masing-masing

Wednesday, March 25, 2009

Tujuh Sunnah

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.