Tuesday, February 10, 2009

Pengertian Iman dan Kepentingannya / Tg. 4

Iman dari segi bahasa ialah percaya.

Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah iman ialah membenarkan dalam hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota badan .

Kepentingan Iman dalam kehidupan ialah:
  • Membentuki insan muslim sejati
  • Istiqaamah dalam ibadah
  • Bertanggung jawab dan amanah
  • Pencetus semangat jihad

Perkara-perkara yang membatalkan iman:

  1. Syirik
  2. Kufur
  3. Riddah
  4. Khurafat
  5. Sihir
  6. Nifak

Tanda-Tanda Orang Yang Mencintai Allah

Di antara tanda-tanda atau pun sifat-sifat orang yang mencintai Allah ialah

  • Redha dengan segala ketentuan Allah
  • Mencintai kebaikan dan sanggup melakukannya
  • Taat kepada perintah ibu bapa
  • Melakukan amalan ahli syurga
  • Membasahi lidah dengan zikir
  • Menjauhi larangan Allah

Sedutan kuliah maghrib bersama pelajar puteri asrama ksah. Semuga kalau tak ingat semua jangan lupa semua

Petikan dari buku cinta dan rindu kepada Allah oleh Al Imam Ibnul Qayyim Al Jauziyah

Wednesday, February 4, 2009

amali sembelihan

Sembelih mengikut hukum syarak ialah memati atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan benda tajam dan niat kerana Allah